Lepas setahun perhatikan naik jatuh harga emas, saya tak
berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada
duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit,
lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana
yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit
kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas. Bilakah masa yang
sesuai untuk membeli emas?
1. Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dan mempunyai
wang..anda boleh beli emas.
2.Beli secara konsisten,sebaik sahaja dapat gaji dengan
memperuntukkan sebahagian wang yang biasanya anda simpan,tukarkan kepada
emas.Contoh,letakkan target 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 5gram,ikut kemampuan
kewangan anda
3.Beli emas semasa harga rendah (graf menurun).Sebenarnya
harga emas naik dan turun disebabkan banyak faktor. Antaranya perkaitan dengan
USD. Jika USD mengukuh,harga emas akan turun sedikit. Biasanya setiap kali USD mencetak
wang mereka,harga emas akan turun sekejap …
**tip : jika anda ingin membeli emas pada harga ‘cantik’
anda boleh rujuk dengan orang yang sudah biasa membeli emas, dan ada sedikit
pengetahuan tentang TA (teknikal analisis).Saya bukanlah pakar,sikit-sikit
bolehlah. Namun ini hanyalah ramalan yang sedikit sebanyak boleh membantu,tidak
boleh percaya 100%.
Jika membeli emas semasa harga mahal, jangan risau, semasa
murah anda boleh terus membeli. Anda
masih untung apabila dikira dari segi cost averaging (pemurataan kos).
Pengalaman saya trend menunjukkan harga emas di awal tahun rendah,tapi masih
tinggi berbanding tahun sebelumnya. Kita ambil contoh harga emas pada Januari
2011. Harga ini menyamai harga emas pada
bulan 10.Namun harganya tidak sama macam harga pada bulan 7 dan 8 yang masih
rendah.Penurunan harga bulan Januari ini
disebabkan trend awal tahun dan CNY(Chiness New Year). Harga emas akan mulai
naik mulai bulan 2 atau 3. Tahun lepas(2011) harga emas naik mendadak sekitar
bulan 8-9.Melepasi 1800USD/oz. Selepas penurunan semasa perayaan
Deepavali,harga emas tak banyak naik atau turun.1-2 minggu sebelum Krismas
harga emas akan mulai menurun sedikit … tetapi masih mahal berbanding bulan
sebelumnya. Ketika menghampiri penghujung tahun,harga emas akan mulai naik dan
hanya mulai turun sedikit ketika menghampiri pertengahan Januari @ menjelang
Chinese New Year.
Kini, dalam bulan Julai 2017; harga emas dunia yang
dicatat oleh Spot Gold kelihatan sedang menurun. Pada masa inilah orang yang “gila” menyimpan
emas membelinya sebanyak mungkin. Anda boleh menyertai mereka dengan satu
matlamat, iaitu memelihara wang fiat anda daripada terus dimamah inflasi. Kadar
inflasi di Malaysia sentiasa berada dalam situasi yang tidak terarah kepada penguncupan.
Oleh sebab itu, harga barangan dan sebagainya terus saja naik !!! So, protect
your fiat money …
Harus diingat bahawa untuk jangka masa panjang,menyimpan
emas memang menguntungkan.Kenaikan 10 tahun lepas,2000-2009 adalah melebihi 4
kali ganda. Anda boleh rujuk chart di http://www.kitco.com
No comments:
Post a Comment