EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Friday, July 7, 2017

CATATAN UNTUK ANDA


Andai kata anda membeli 10 gram emas 24K pada 6 Mei 2015 yang lalu, anda pasti menarik nafas lega dengan tindakan itu hari ini.

Kenapa?

Hari itu, emas 24K dijual pada harga RM150/gram. Anda membayar RM1500 untuk pembelian itu. Hari ini semua orang memerlukan wang lebih untuk menyambut hari raya. Nak buat pinjaman bank atau syarikat kewangan kena ada penjamin. Ramai yang enggan jadi penjamin sekarang ini kerana mereka tak sanggup tanggung risikonya.

Dengan 10 gram emas 24K anda boleh dapat wang segera tanpa penjamin di ar-rahnu. Ikut pengalaman saya, paling busuk pun ar-rahnu bagi anda nilai marhumnya RM254/gram. Berdasarkan nilai marhum itu, ar-rahnu bagi pinjam 60% (kalau anda dah jadi regular customer macam saya boleh dapat sampai 75%). Kiraannya (60 X 254 / 100 = RM152.40). Untuk 10 gram anda dapat pinjaman sebanyak RM1524. Kiralah sendiri jika anda ada lebih daripada 10 gram. Cukup lumayan.

UNTUK PENGETAHUAN ANDA

Anda beli emas tu pada harga RM150/gram kira-kira dua tahun lepas (tidaklah lama sangat). Hari ini, harga gadaiannya RM152.40. Dah pun melebihi harga belian anda. Untung ke tidak ?

Anda beli emas tu pada harga RM150/gram kira-kira dua tahun lepas (tidaklah lama sangat). Hari ini harga jualannya ialah RM225/gram. Nilai emas anda itu sudah jadi RM2250. Dalam masa hanya 2 tahun anda dah untung RM750. Untuk tahun-tahun akan datang, nilainya pasti naik lagi. Cukup lumayan …

Anda tidak akan merasai kenikmatan itu jika tidak ada secubit pun keinginan untuk menyimpan emas. Anda akan terus menjadi orang yang ke hulu ke hilir menagih belas kasihan penjamin untuk membuat pinjaman. Tidak ramai pun orang yang suka jadi penjamin sekarang ini. Hentikanlah perbuatan itu. Jadilah insan yang yang mampu berdikari. Milikilah emas sebanyak mungkin. Tidak ada sesiapa pun yang akan tahu jumlah gram emas yang anda ada. Anda tak perlu ganggu sesiapa pun apabila ada emas yang cukup untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan bermaksud anda ada duit melebihi keperluan. Anda akan tercekik apabila wang yang ada tak cukup untuk menampung keperluan.

>>> BELI DAN SIMPAN EMAS DENGAN SEGERA <<<

Harga kilang emas 24K hari ini cuma RM184/gram.
Kami pakat-pakat pulun beli, anda nak tengok saja ?

No comments:

Post a Comment