EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Thursday, June 29, 2017

HARGA EMAS TURUN

Harga penutup emas dunia sepanjang 3 bulan dan 6 bulan yang lalu menunjukkan penurunan.

Untuk kedua-dua tempoh itu, harga berada pada paras
RM172.53.

Namun demikian, harga yang tercatat pada hari ini lebih
rendah, iaitu RM172.47.

Situasi sedemikian mendorong penurunan harga kilang
emas 24K.

Dengan RM100.00 anda dapat membeli 0.5319 gram
emas 24K.

Dengan RM188.00 anda dapat membeli 1 gram emas
24K.

Inilah masanya untuk anda membeli atau menambah
berat emas yang dimiliki.

NAK SERTAI SAYA MENDAPATKANNYA?

DIPERSILAKAN ...

Saturday, June 24, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMMU'ALAIKUM!
Diucapkan selamat menyambut ketibaan 1 Syawal 1438H kepada semua pembaca yang beragama Islam.
Sama-samalah kita memberi dan menerima kemaafan
pada hari yang mulia ini.
Semoga dipanjangkan umur untuk membolehkan kita menikmati rahmat Ramadan al-Mubarak pada tahun hadapan. Aamiin !
>>> SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI <<<
>>> MAAF ZAHIR DAN BATIN <<<
Kita ketemu lagi hari Rabu akan datang ...

Thursday, June 22, 2017

EMAS SANGAT BERKUASA

KUASA BELI EMAS KEKAL UNTUK JANGKA MASA PANJANG

Pernyataan di atas bermaksud, apa-apa yang boleh dibeli oleh emas bukan sahaja ratusan tahun yang lalu malahan juga ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara tersebut dijelaskan dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560 – 2007” oleh Profesor Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan, University of California.

Harus diingat bahawa dalam buku itu Jastram cuba merongkaikan satu persoalan, iaitu “Adakah nilai duit pada masa lampau lebih tinggi berbanding sekarang?”  Duit di sini bermaksud emas. Sehubungan itu, data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa dikumpul.

Dalam hasil kajiannya terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itu, Jastram merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke-17.

Tidakkah hasil analisis data 447 tahun itu menunjukkan anda akan mengaut keuntungan sekiranya menyimpan emas DALAM JANGKA MASA PANJANG ?

Hakikatnya, kuasa membeli emas sangat stabil. Apa-apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli bukan sahaja beberapa ratus tahun malahan juga ribuan tahun dari sekarang. Demikianlah kehebatan emas yang tiada tandingannya dengan wang fiat (wang kertas) yang sentiasa terdedah kepada manipulasi dan inflasi.

SIMPANLAH EMAS DENGAN SEGERA KERANA SIFATNYA KALIS INFLASI !!!   


Wednesday, June 21, 2017

PELABURAN DAN PERNIAGAAN EMAS

CARA JANA UNTUNG MELALUI PELABURAN DAN PERNIAGAAN EMAS
TEKNIK 1 : Beli Emas Fizikal dan Pegang Selama Mungkin Sebagai Aset
.
Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan memegangnya selama yang mungkin; contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini. Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?
Dengan andaian harga emas naik 27% setahun dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.
Sebagai Contoh,
Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.
Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410
Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%
Maka nilai emas naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23 712 = RM15 412.80
Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM36 024 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu
65% x RM36 024= RM23 415.60
Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM48 336 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu
65% x RM48 336= RM31 418.40
Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun. Perlu diingat bahawa kita boleh buat pinjaman sebanyak itu tanpa penyusutan walau 0.1 gram pun emas milik kita. Kita tetap juga memiliki emas seberat 100 gram selepas mengambil wang pinjaman itu.
>>>>>BEGITULAH HEBATNYA PENANGAN EMAS<<<<<
TEKNIK 2: Beli Emas Fizikal Ketika Harga Rendah dan Jual Apabila Harga Tinggi
Ini ialah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti gold bar OROSAVER 999.9 dan 916 serta barangan emas 999.9.
Contohnya rantai tangan gajah. Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan. Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.
Harga jualan 1 Oz Kijang Emas Bank Negara Malaysia pada 21/8/2009 ialah RM3388.
Harga pada 2/5/2013 ialah RM4718
DALAM TEMPOH MASA 3 TAHUN SAHAJA TELAH BERLAKU PENINGKATAN SEBANYAK 39%.
Bolehkah pelaburan ASB memberi Return of Invesment (ROI) sebanyak itu ? Jangan mimpilah.
So, cepat-cepatlah beli – simpan – jual balik emas apabila harganya naik mencanak. Anda mampu melakukannya.
TIRU MACAM SAYA> PERCAYALAH CAKAP SAYA.
Ini teknik ke-3 melabur dan berniaga emas. Jangan bimbang, sesiapa pun mampu melakukannya.
Jangan lupa membaca teknik ke-3 dalam pos berikut esok hari. Masih berkisar pada Kijang Emas Bank Negara Malaysia tu. Nak guna item lain pun tak ada masalah.
TEKNIK 3 : Buat Pinjaman Semaksimum Mungkin dan Beli Emas Fizikal
Berdasarkan analisis, membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal ialah pinjaman yang baik.
“Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya. Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”
Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini(23/7/2008 – tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya?
Ini pengiraannya:
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata pulangan ialah 20% setahun.
Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye. Jauh lebih hebat daripada melabur dalam ASB !!!
KALAU NAK KAYA, CEPAT-CEPATLAH BELI EMAS, TAHAN LUKAH DI PERGENTINGAN, ANDA UNTUNG BERGANDA-GANDA - HALAL PULAK TU !!!
Nak tengok saja ke? Ikutlah langkah den. Tak nyosal deh …
Cuba anda baca dan hadam betul-betul fakta yang dikemukakan dalam pos ini.
KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank untuk tempoh 5 tahun ialah RM13 620.00. Jika wang pinjaman RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi RM2351 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351 x 8 = RM18 808!
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00.
Anda akan untung 51.88% .
Untung per tahun pelaburan di ASB hanya antara 7% hingga 8% sahaja.
BOLEH LAWAN KE ?

Tuesday, June 20, 2017

TIPS MEMBELI EMAS


Tips yang  dimaksudkan di sini adalah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira sama ada kedai Cina atau kedai Melayu atau kedai India. Ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Antara tips tersebut adalah:

1. Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab terlalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 kena cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau emas jenis itu dibakar, tidak meninggalkan kesan kehitaman.

2. Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja

Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Bila barang kemas  itu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi daripada emas yang dipakai.

3. Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata

Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab  tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

4. Simpan resit belian

Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ada kedai pajak yang memerlukannya. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

5. Jangan beli emas putih

Emas putih dijual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% daripada harga asal kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang merugikan dari sudut pelaburan.

6. Survey kos upah paling rendah.

Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

7. Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).

Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my

8. Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.

Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.

Mudah-mudahan, semua tips di atas boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tetapi boleh juga dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam sambil minum air, insyaAllah.

Monday, June 19, 2017

YANG MANA JADI PILIHAN?

MEMILIH EMAS FIZIKAL  ATAU EMAS MAYA

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda?Emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Jawapan saya: BELI EMAS FIZIKAL.

Mengapa?

BOLEH DIGADAIKAN

Menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan.
Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.
Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

EMAS FIZIKAL BOLEH DIJUAL

Pada bila-bila masa dan kepada sesiapa yang ingin membelinya.
Walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

RUJUKAN: HARGA EMAS DI MALAYSIA.

Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas yang dijual di Malaysia

1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
http://publicgold.com.my/

4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
http://publicdinar.com/

5. Harga Dinar Emas Kelantan

6. Harga Emas UOB Bank Gold Products
http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
http://www.fgjam.org.my/


8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving    Http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/,CatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

Sunday, June 18, 2017

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS ?

(a) Pelaburan Emas Secara Fizikal
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Institusi yang Menjual Emas Pelaburan
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
7. Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (POWERGOLD.BIZ)
Membeli Emas Fizikal di Kedai Emas
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas.Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi.Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas.Ini kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%.
Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
(b) Pelaburan Emas Melalui Akaun Simpanan Emas
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 buah bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

Saturday, June 17, 2017

CATATAN UNTUK ANDA

Andai kata anda membeli 10 gram emas 24K pada 6 Mei 2015 yang lalu, anda pasti menarik nafas lega dengan tindakan itu hari ini.
Kenapa?
Hari itu, emas 24K dijual pada harga RM150/gram. Anda membayar RM1500 untuk pembelian itu. Hari ini semua orang memerlukan wang lebih untuk menyambut hari raya. Nak buat pinjaman bank atau syarikat kewangan kena ada penjamin. Ramai yang enggan jadi penjamin sekarang ini kerana tak sanggup tanggung risikonya.
Dengan 10 gram emas 24K anda boleh dapat wang segera tanpa penjamin di ar-rahnu. Ikut pengalaman saya, paling busuk pun ar-rahnu bagi anda nilai marhumnya RM254/gram. Berdasarkan nilai marhum itu, ar-rahnu bagi pinjam 60% (kalau anda dah jadi regular customer macam saya boleh dapat sampai 75%). Kiraannya (60 X 254 / 100 = RM152.40). Untuk 10 gram anda dapat pinjaman sebanyak RM1524. Kiralah sendiri jika anda ada lebih daripada 10 gram. Cukup lumayan.
UNTUK PENGETAHUAN ANDA
Anda beli emas tu pada harga RM150/gram kira-kira dua tahun lepas (tidaklah lama sangat). Hari ini, harga gadaiannya RM152.40. Dah pun melebihi harga belian anda. Untung ke tidak ?
Anda beli emas tu pada harga RM150/gram kira-kira dua tahun lepas (tidaklah lama sangat). Hari ini harga jualannya ialah RM225/gram. Nilai emas anda itu sudah jadi RM2250. Dalam masa hanya 2 tahun anda dah untung RM750. Untuk tahun-tahun akan datang, nilainya pasti naik lagi. Cukup lumayan …
Anda tidak akan merasai kenikmatan itu jika tidak ada secubit pun keinginan untuk menyimpan emas. Anda akan terus menjadi orang yang ke hulu ke hilir menagih belas kasihan penjamin untuk membuat pinjaman. Tidak ramai pun orang yang suka jadi penjamin sekarang ini. Hentikanlah perbuatan itu. Jadilah insan yang yang mampu berdikari. Milikilah emas sebanyak mungkin. Tidak ada sesiapa pun yang akan tahu jumlah gram emas yang anda ada. Anda tak perlu ganggu sesiapa pun apabila ada emas yang cukup untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan bermaksud anda ada duit melebihi keperluan. Anda akan tercekik apabila wang yang ada tak cukup untuk menampung keperluan.
>>> BELI DAN SIMPAN EMAS DENGAN SEGERA <<<


Friday, June 16, 2017

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM

Akhir-akhir ini, dek kerana kejatuhan wang fiat di sebelah Barat, orang ramai berpusu-pusu menukarkan sebahagian harta mereka ke dalam bentuk emas dan perak kerana kedua logam berharga ini kalis inflasi. Keghairahan fenomena ini turut menyumbang kepada keadaan di mana peti simpanan deposit di bank-bank sekitar Kuala Lumpur dan Selangor penuh!
Cerdik pandai terutamanya pelabur muda yang agak agresif daripada datuk nenek kita yang menyimpan emas secara pasif sejak berzaman dahulu, golongan ini menggunakan sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) sebagai alat manipulasi demi mendapat keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda daripada cara yang dipraktikkan ibu, bapa, datuk dan nenek mereka. Tetapi, persoalannya di sini, halal kah cara itu? Dan yang paling penting, bagaimana?
Sebelum berbicara tentang itu, mari kita kaji asal usul sistem pajak gadai Islam.
Antara senario masa kini yang wujud di dalam pinjaman mikro kredit di negara ini ialah terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
Terdapat dua hadis yang berkaitan dengan sistem ini:
Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abu Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum untuk keluarganya.”
Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”
Atas kesedaran itu, sistem Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Sistem yang dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini sebenarnya dilahirkan sehubungan dengan Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 di bawah Seksyen 46. Ia juga merupakan rentetan daripada perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).
Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.
Berbalik kepada cerita emas dan perak di awal artikel, salah satu daripada keuntungan menyimpan emas (perak tidak boleh lagi setakat ini) ialah boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Di Malaysia, perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Ada juga institusi lain seperti YAPEIM dan Permodalan Kelantan Berhad.
Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang dinamakan marhun. Dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Pendek kata, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka marhun itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Tujuan marhun ini adalah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi.
Ar-Rahnu beroperasi berdasarkan dua konsep iaitu:
Ar-Rahnu yang merujuk kepada mekanisme, iaitu suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan. Al Wadiah Yad Dhamanah yang merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
Menjawab persoalan yang disebut di awal artikel, ya sistem ‘buat duit’ ini adalah halal kerana memenuhi ciri-ciri berikut:
Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam serta berkonsepkan fardu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan barang gadaian tersebut dengan baik.
Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).
Dari segi rukun, Ar-Rahnu terbahagi kepada:
Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah simpanan penerima gadaian.Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang. Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
Selain daripada itu, ada beberapa terma yang perlu anda ketahui, antaranya ialah:
Margin Pinjaman adalah 50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran. Biasanya margin ini boleh mencecah sampai 70% (Agro Bank).
Kadar Upah Simpan ialah sebanyak RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000). RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000). Ini sebenarnya adalah cara Ar-Rahnu membuat keuntungan memandangkan sistem pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan seperti mana kedai pajak gadai dan bank konvensional.
Tempoh Pinjaman pula ialah enam bulan untuk maksimum. Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak Pajak Gadai Islam boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan untuk 2 bulan lagi tanpa permohonan daripada peminjam. Di peringkat ini, peminjam tidak semestinya membayar upah simpan.
Jika penggadai masih tidak menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh maksimum 2 bulan lagi dengan syarat penggadai membuat permohonan melanjutkan tempoh dan menjelaskan upah simpan pada tempoh gadaian yang asal dan tempoh kelonggaran selama 8 bulan.
Cagaran ialah emas tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
Hasil Lelongan yakni barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai. Pastikan anda jangan sampai ke tahap ini!
Baiklah, setelah ilmu penuh di dada, di sini diterangkan cara manipulasi yang diamalkan golongan pelabur emas muda yang disebut di awal artikel. Caranya mudah sahaja, sangat common sense. Begini, ketika harga emas rendah (harga komoditi emas harian boleh dilihat di www.kitco.com), mereka memajakkan emas di Ar-Rahnu. Dengan hasil pajakan yang sampai 65-70%, mereka beli lagi emas, contohnya Syiling Emas UOB, Kijang Emas atau jongkong emas Public Gold. Kemudian, mereka memajakkan pula emas-emas yang baru dibeli itu. Hasil pajakan kali kedua digunakan untuk beli lagi emas fizikal. Proses diulang-ulang sehingga 2-3 kali. Di hujung proses, emas fizikal dipastikan ada di tangan. Apabila harga emas naik, mereka menjual emas fizikal di tangan dan hasil jualan digunakan untuk tebus emas di dalam Ar-Rahnu dan proses diulangi sehingga semua emas habis ditebus. Di akhir proses, mereka akan dapat semua emas yang pertama. Inilah cara mereka membuat keuntungan kerana jualan emas pada harga tinggi boleh menampung kos upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan. Hebat?
Jika anda masih tidak yakin, teruskan membaca…
Beberapa kelebihan Ar-Rahnu berbanding sistem pajak gadai konvensional ialah:
Perbezaan utama antara Ar-Rahnu dan sistem pajak gadai konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam.
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak akan timbul keadaan di mana barang kemas yang anda tebus kurang berat daripada sebelum digadai!
Semua barang kemas yang disimpan semestinya selamat. Penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Anda juga dapat jimat kos menyimpan di peti simpanan deposit yang agak mahal?
Wang gadaian yang lebih akan dipulangkan. Kalau pemberi gadaian tak mampu nak bayar balik hutang yang ditanggung bila tempoh perjanjian tamat, pemberi gadaian akan dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Kalau harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dipulangkan.
Caj perkhidmatan di Ar-Rahnu jauh lebih murah daripada kedai pajak gadai konvensional. Silap-silap hari bulan, ada je tauke kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
Ar-Rahnu adalah sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan tempoh bayar balik wang pinjaman. Tempoh bayar balik pun munasabah. Tak macam sesetengah kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang tambahan sekiranya tempoh pinjaman ingin dilanjutkan.
Di Ar-Rahnu, sebarang nilai timbangan akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. Maka pemberi gadaian tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat.
Ar-Rahnu dijamin memberi nilai gadaian yang sepatutnya.
Terdapat unsur penipuan dalam sistem pajak gadai konvensional kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam yang memerlukan pinjaman segera agar tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai konvensional yang lebih bersifat menindas.

Wednesday, June 14, 2017

HARGA EMAS SUDAH TURUN

Harga emas turun agak banyak berbanding pada 5 Jun 2017.

RM176.16 - RM2.92 = RM173.24/GRAM.

Walaupun harga kilang emas 24K diletakkan pada RM190/Gram, namun gedung-gedung emas terkenal di Malaysia masih mengekalkan harga runcitnya pada
RM225/Gram. Harga runcit emas 916 tetap juga RM215/Gram.

APA NAK DIHAIRANKAN, MUSIM RAYA KANNNNN !!

Mungkin anda tertanya-tanya, pasal apa ada gedung
buat jualan istimewa/ tawaran istimewa ?

JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA ...

Barang kemas itu dibuat ketika emasnya dibeli pada harga MUNGKIN kurang daripada RM178/gram beberapa bulan terdahulu.

ITULAH KESERONOKAN YANG DINIKMATI OLEH SI PENJUAL EMAS. KAUT UNTUNG ATAS KEGEMBIRAAN PEMBELI SAAT-SAAT HARGA
MURAH KONONNYA ...

Jika demikian, mengapa anda masih tak ada rasa nak simpan atau berniaga emas ?



Tuesday, June 13, 2017

SAMBUNGAN SEMALAM ...

Penutup

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada  mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan pelbagai lagi yang dirasai oleh kita di sini.

Pesanan saya, jika kita mempunyai masalah kewangan disebabkan oleh sumber pendapatan yang tidak menentu, laksanakanlah tiga perkara:

Berniaga

Di Mesir, pasarannya sangat luas untuk diterokai peluang meraih pendapatan. Jumlah pelajar yang mencecah ribuan orang memberi makna bahawa terdapat berbagai keperluan dan kehendak yang wujud. Sama ada terhadap barangan mahupun perkhidmatan.

Saya sering memberitahu rakan saya bahawa “kemalasan orang adalah peluang untuk kita.” Maka manfaatkanlah kemahiran dan pengetahuan yang kalian miliki. Tetapi pastikan bahawa pekerjaan tersebut selari dengan syariat dan tidak sehingga menganggu pelajaran.
Melabur

Jika tidak mampu berniaga kerana kesuntukan masa, maka melaburlah dengan wang yang anda ada. Anda boleh membantu rakan yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal melalui konsep Mudharabah, atau anda boleh bekerja bersama-sama dengan berkongsi modal melalui konsep Musyarakah.

Ingat, jangan terperangkap di dalam janji manis skim cepat kaya.

Berjimat dan memulakan simpanan

Setelah memperolehi wang, berjimatlah. Pastikan anda tahu ke mana setiap sen yang anda belanjakan. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Sentiasa amati perkembangan nilai mata wang, tukarkan simpanan anda ke mata wang yang lebih kukuh atau aset yang dijangka dapat mengekalkan nilainya setelah peredaran masa.

Mulakan dengan simpanan emas

Emas menjamin dan melindungi nilai mata wang anda. Sejujurnya emas sendiri ialah wang sebenar  bukan wang fiat (wang kertas) yang kita gunakan sekarang. Boleh ambil contoh negara Zimbabwe sekarang yang telah berlaku ‘hyper inflasi’. Bayangkan wang kertas yang bertimbun namun tiada nilai. Untuk membeli sebuku roti pun, mereka mahukan pertukaran emas iaitu 0.1gram. Jom tukarkan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan anda kepada emas.


Credit : tok ilman

Monday, June 12, 2017

SAMBUNGAN SEMALAM ...

Alternatif: Ekonomi Islam?

Akhir tinta, saya percaya ramai yang ingin mengetahui apakah jawapan di sebalik kekalutan dan kekusutan yang ditimbulkan oleh sistem ekonomi konvensional ini. Jika ditanya pada saya, saya sentiasa optimis bahawa jawapannya adalah dengan kembali kepada Islam.

Jika kita renungi semula sejarah peradaban manusia, kita akan mendapati kerosakan sistem ekonomi pada hari ini adalah berpunca daripada tangan-tangan manusia yang melepaskan diri daripada kerangka wahyu. Sebagai contoh, kita lihat pada sistem kewangan itu sendiri. Bermula daripada peperangan sesama sendiri yang memaksa negara-negara mencetak lebih banyak wang sehingga terpaksa meleraikan ikatan nilai mata wangnya dengan emas. Seterusnya, pengamalan sistem penghasilan wang (Fractional Reserve System) yang berasaskan kepada riba dan sifat mata wang tanpa sokongan sebarang komoditi, telah membawa kita ke dunia yang tidak henti dengan sindrom inflasi. Semua ini terjadi kerana kita membelakangi panduan yang digariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Walau bagaimanapun, kita perlu menerima hakikat bahawa kita sudah berada  dalam krisis ini. Sebaiknya bagi kita yang mendokong penerapan nafas Islam dalam segenap kehidupan termasuklah dalam urusan kenegaraan dan urus tadbir ekonomi hendaklah memikirkan jalan keluar dan alternatif kepada permasalahan yang dihadapi sekarang.
Adakah kita perlu memperjuangkan Sistem Full-reserve seperti yang diperjuangkan oleh ahli ekonomi daripada sekolah aliran Austria? Adakah kita perlu mengikat kembali wang kertas dengan komoditi yang bernilai? Bagaimana pula caranya untuk mengembangkan kredit dan apakah regulasi yang kita akan guna pakai?


Ingin saya tinggalkan kepada kalian banyak lagi persoalan, tetapi cukuplah sekadar yang di atas dahulu sebagai permulaan.

Sunday, June 11, 2017

SAMBUNGAN SEMALAM ....

Apakah Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan?

Perdana Menteri mengumumkan kondisi semasa ekonomi Malaysia dan tindakan susulan kerajaan dalam menghadapi kemelut ekonomi ini. Sikap positif dan optimis yang ditunjukkan dalam menanggapi isu ini adalah sesuatu yang saya anggapkan adalah untuk mengelak timbulnya kebimbangan yang melampau dalam kalangan rakyat dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis keyakinan terhadap kendalian kerajaan. Sikap ini penting supaya rakyat akan sederap langkah dengan yakin bersama kerajaan dalam mengembleng kudrat memulihkan ekonomi negara kita.

Untuk memudahkan pemahaman pembaca, suka untuk saya rumuskan pelan tindakan kerajaan kepada beberapa isi:

Mengembangkan pasaran eksport dan perlancongan

Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing  dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.

Antaranya seperti membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menerokai pasaran luar dengan mempromosikannya kepada 46 buah negara. Begitu juga meningkatkan kualiti dan capaian tahan logistik dan pengangkutan bagi tujuan perdagangan.
Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

Mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import

Barangan import akan menjadi lebih mahal tatkala kejatuhan nilai mata wang negara seperti sekarang. Kebergantungan yang tinggi kepada barangan import akan membawa kepada inflasi dan membawa kepada risiko defisit –bekembar.

Justeru, kerajaan telah menyusun beberapa tindakan seperti mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Begitu juga menggalakkan pembelian barangan tempatan dalam kalangan rakyat dan meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh Malaysia.

Meneruskan pengstrukturan semula pendapatan dan mengkaji perbelanjaan negara

Bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara, kerajaan komited untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi negara melalui mempelbagaikan sumber kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dengan meneruskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dijadualkan bermula pada 1 April 2015 ini.

Kerajaan juga akan menghentikan sementara Program Latihan Khidmat Negara yang akan membawa kepada penjimatan sebanyak RM 400 juta. Seterusnya, mensasarkan penjimatan sebanyak RM 1.6 billion melalui mengoptimumkan pengurangan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan professional.

Kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit. Kerajaan juga akan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Kerajaan tidak mengambil tindakan menghentikan projek mega dan memotong kebanyakan perbelanjaan (austerity) dan menggalakkan rakyat berbelanja melalui penganjuran jualan mega dilihat adalah untuk memastikan kitaran ekonomi terus berjalan dan mengelakkan kelembapan ekonomi disebabkan oleh perlahannya kitaran duit dalam negara.


Bank Negara Malaysia (BNM) juga tidak mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar bunganya seperti mana negara yang lain agar tidak membebankan rakyat. Persoalan yang paling utama perlu diamati dan dijawab  dalam menanggapi isu kejatuhan mata wang ini adalah, “Adakah perlu untuk naikkan semula nilai mata wang atau fokus kepada kestabilan ekonomi?”.

Saturday, June 10, 2017

SAMBUNGAN SEMALAM

Faktor penurunan:

Kadar bunga yang rendah

Kadar bunga yang rendah akan mengurangkan tarikan yang ada untuk pelabur luar menyimpan dalam sesuatu negara.
Peningkatan inflasi

Inflasi yang tinggi akan mengurangkan kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna dalam sesebuah negara, seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, ekonomi negara tersebut dinilai sebagai lemah dan tidak stabil oleh pelabur asing.

Aktiviti spekulator

Tindakan spekulator dalam pasaran tukaran mata wang asing menjual mata wang sesebuah negara dalam jumlah yang besar berupaya menyebabkan kekacauan dan ketakutan dalam kalangan pasaran saham.

Campur tangan kerajaan

Seperti mana yang pernah dilakukan oleh AS melalui tindakan Quantitative Easing. AS membeli bon terbitan negaranya sendiri dan secara tidak langsung mengwujudkan impresi permintaan yang tinggi terhadap dollar.

Faktor Kejatuhan Nilai Ringgit

Setelah kita memahami punca naik dan turunnya mata wang sesebuah negara, kita akan lebih mudah untuk mengenal pasti punca penguncupan nilai mata wang negara kita.

Penurunan ketara harga minyak dunia

Mutakhir ini, harga minyak menah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong pada 19 Januari yang lalu. Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.

Penghasilan minyak dunia yang meningkat disebabkan oleh kemajuan teknologi AS yang berupaya menghasilkan shale oil dan kelembapan ekonomi yang dialami oleh negara penyumbang utama ekonomi dunia seperti China dan Jepun telah mengurangkan permintaan terhadap minyak seterusnya menjadi faktor kejatuhan harga minyak dunia.

Keputusan Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang diwakili oleh Saudi dalam kenyataan media sebelum ini bahawa mereka tidak akan mengurangkan penghasilan minyak untuk mengembalikan semula harga asal minyak telah memberikan ramalan bahawa harga minyak mentah akan kekal pada kadar yang rendah.
30% daripada pendapatan Malaysia datang daripada sektor minyak. Dalam Bajet 2015, diunjurkan bahawa sektor ini bakal menyumbang sejumlah RM 82 billion atau 11.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Akan tetapi apabila berlaku kejatuhan harga minyak dunia secara drastik sebegini, Malaysia dijangka akan mengalami kehilangan pendapatan sebanyak RM 25 billion. Kelompongan pada pendapatan negara ini tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh lebihan yang dinikmati melalui penghapusan subsidi petrol sebanyak RM 18 billion.
Kebimbangan timbul terhadap status Imbangan Akaun Semasa negara (trade account/current account). Akaun semasa ialah jumlah baki perdagangan (jumlah eksport – jumlah import barangan dan perkhidmatan). Penguncupan lebihan pada akaun semasa (import lebih daripada eksport) akan menunjukkan marginal surplus yang makin mengecil. Dibimbangi sekiranya pendapatan melalui aktiviti eksport minyak mentah kita terjejas akan membawa kepada defisit pada akaun semasa seterusnya menjerumuskan Malaysia ke dalam masalah defisit berkembar (twin deficit). Ketidakstabilan ini mengurangkan keyakinan dan tarikan terhadap pelabur luar.

Polisi dan urustadbir kewangan kerajaan

Sebelum daripada berlakunya kejatuhan harga minyak mentah dunia, ramai penganalisa ekonomi sudah menjangkakan akan berlaku penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia kerana polisi kewangan yang dilihat tidak fleksibel dan kurang mesra pelabur berbanding negara membangun yang menjadi pesaing kepada Malaysia seperti Indonesia dan India.

Malaysia kini dilihat sebagai prospek yang berisiko kepada pelabur; takat hutang awam yang tinggi, peningkatan hutang asing dan penguncupan marginal lebihan akaun semasa telah menjadi antara faktornya.

Pegangan hutang oleh pelabur asing mewakili 45% daripada hutang negara telah meletakkan Malaysia dalam posisi yang membimbangkan. Ini berbeza dengan Indonesia yang hanya mempunyai 32.5% sahaja hutangnya daripada luar. Begitu juga India dengan hanya serendah 2 %.

Kekukuhan dollar Amerika Syarikat (USD)

Sejak tahun lepas, AS telah meningkatkan kadar faedahnya. Menyebabkan berlakunya kemasukan modal (capital inflow) ke dalam negaranya seterusnya mengukuhkan kedudukan USD itu sendiri.