CARA PELABURAN EMAS TERBAIK
RAHSIA DAPAT UNTUNG BARANG MURAH
TEKNIK PELABURAN EMAS
Emas adalah barang paling
berharga sejak turun-temurun dan diakui seluruh dunia sehinggakan emas adalah
barang yang paling mudah untuk dicagarkan atau digadaikan dibank.
Ramai yang tidak sedar kita
boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan
cara memanipulasikan emas. Sebenarnya kita mengetahui bahawa wang kertas yang
ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi menjadi bernilai apabila disandarkan
kepada rizab simpanan emas di bank dunia. Tetapi, apabila wang kertas yang
dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang
dipanggil “Fiat Money”. Wang itu hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan
nilai muka di atasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya, wang kertas itu
tidak bernilai seperti wang kertas Dinar Iraq satu ketika dahulu. Walaupun pada
kertas wang Iraq bernama DINAR tapi tidak bernilai tanpa EMAS fizikal yang
sebenarnya.
Oleh itu, kita juga dapat
menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia
iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksudnya kita membeli emas, mengadaikan
emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan. Rahsia melabur emas,
beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah atau percuma dan
untung.Caranya, beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat
hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk
menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Maka saya sangat tidak
setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah
merugikan.. Sedangkan pajakan ialah sandaran kepada wang tunai anda.
Contoh,Saya mempunyai tunai
sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah
motosikal baru yang berharga RM 70,000. Cuba kita fikirkan,jika saya membuat
pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi
liabiliti disebabkan kos-kos sampingan. Sudah pasti tindakan itu kurang bijak, sedangkan saya
mempunyai tunai yang banyak.
Tindakan bijak, saya
menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat
nilainya, agar tidak mengalami kerugian.Tindakan yang kita boleh lakukan,wang
RM 100,000 tersebut kita belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan
bayar motor tersebut secara tunai. Ambil kira kenaikan purata tahunan emas
sebanyak 25% setahun, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak
75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00. Pada ketika
itu, kita boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :
RM 175,000.00 (Hasil Jualan
Emas) – RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00
RM 105,000.00 – RM 21,600.00
(Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung)
Jadi, dalam hanya 3 tahun,
saya telah mendapat semula RM 83,400.00.
RM 100,000.00 (Modal asal )
– RM 83,400.00 (Untung) = RM 16,600.00
Ini bermakna saya telah
membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM
16,600.00 sahaja dalam masa 3 tahun, murah sahaja.Upah simpan yang saya bayar
hanyalah kira-kira RM 600.00 sebulan, sedangkan jika saya membuat pinjaman bank
sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli motosikal tersebut, sudah pasti bayarannya
mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun.
Sumber: Mohd Zaidi Junus