EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, October 31, 2016

MASA UNTUK SIMPAN EMAS

SIMPAN EMAS DARI SEKARANG !!!

Ramai yang saya jumpa ragu-ragu nak simpan emas. Bagi mereka, beli emas tu mahal - sama macam beli motor, kereta, ipad, iphone atau apa-apa sahaja. Padahal, bila  kita beli emas, duit itu tak terusik dan berubah nilainya, malah akan naik berganda pada masa hadapan. Yang sebenarnya kita hanya menukarkan nilai semasa duit dan mengikatnya kepada nilaian emas.

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai. Tentu ramai pernah dengar atau baca, pada tahun 2000, M.Nasir berkahwin dengan Marlia Musa dengan hantaran 13 Dinar yang bernilai RM 2,000. Bermakna 1 dinar nilainya ialah RM154. Jika kita melihat di website Public Gold hari ini, harga semasa 1 dinar ialah RM876 !!! Jadi, nilai 13 dinar itu sekarang telah menjadi RM11,388 jika Marlia Musa hanya menyimpan dinar tu bawah bantal.

Katakanlah, M Nasir kasi cash RM2,000 bukannya dinar kepada Marlia Musa. Marlia Musa pula simpan dalam ASB tanpa apa-apa penambahan. Setelah 15 tahun, dengan kuasa compounded interest sebanyak 7.5% setahun, simpanan ASB Marlia Musa hanyalah RM5,917. Perbezaan sebanyak RM5,471. Wow! Banyak tu . Nasib baik Marlia Musa simpan dalam ASB. Dapatlah duit tu beranak sedikit. Kalau simpan je bawah bantal,lagi haru.

Duit kertas nilainya akan berkurang mengikut tahun. RM2 ribu tahun ini tak sama dengan RM2 ribu pada 10 tahun akan datang. Nilai duit kertas sentiasa menurun. Anda sangka duit anda meningkat bila simpan dalam bank. Ya, betul jumlah dia meningkat tetapi nilai sebenarnya semakin menurun.

Anda akan terpegun apabila suatu hari nanti,harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harganya menjadi lebih tinggi. Masa itu kalau nak jual emas pun akan terbit rasa sayang anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harganya boleh meningkat lagi.

Dengan modal serendah RM100 sahaja anda boleh memulakan pelaburan emas. Tak perlu ada modal berpuluh ribu atau beratus ribu. Katakanlah anda ada RM1 ribu dalam tangan. Cukupkah nak beli tanah atau property? Mestilah tidak kan. Jadi,emas ialah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah kerana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.

Sesungguhnya,kita tidak akan dapat mengundurkan masa. Beli sahaja apabila ada wang lebihan. Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak. Tukarkan pelaburan anda dalam bentuk emas. Anda boleh melakukannya.







Sunday, October 30, 2016

GOLD PREMIUM

Saya kerap menyebut tentang "premium" dalam beberapa posting yang lalu.

Adakah anda faham dengan maksud istilah itu?

Maksudnya ialah kos yang dikenakan oleh syarikat emas untuk memesan emas dari sumbernya (negara pengeluar) dan urusan mengedarkannya ke cawangan-cawangan syarikat emas itu. Kos ini perlu dibayar oleh pelanggan.

Jika penjual emas mengatakan anda tidak dikenakan apa-apa premium untuk emas yang anda beli, itu bermakna anda harga yang anda bayar itu lebih murah. Harganya akan menjadi lebih murah sekiranya upah dan kos posting turut di RM0.00 oleh penjual. Carilah penjual yang RM0.00kan premium, upah, dan postage.

Sila lihat carta premium yang dikeluarkan oleh Public Gold di bawah.





DINAR EMAS MURAH-MURAH

Saturday, October 29, 2016

DINAR EMAS MURAH-MURAH


RENUNG DAN FIKIRKANLAH !!!

Jika anda menyimpan duit sebanyak RM2000 pada tahun 2000 adakah nilainya akan meningkat pada tahun 2015? Fikirkan.. Masih belum terlambat untuk memulakan langkah menyimpan emas. Jom anak muda pakat-pakat simpan emas..

"Kenapa orang tak mau simpan EMAS? Tak rasa rugi ke ? Tak mau cuba ?
Tahun 80'an harga emas RM30 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.
Tahun 90'an harga emas RM50 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.
Tahun 2000 harga emas RM100 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.
Tahun 2010 harga emas RM150 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.
Tahun ini harga emas RM200 segram orang masih kata mahal .
Bayangkan 2020 harga emas RM500 segram. Agak-agak kan apa yang kita kata harga emas pada tahun tu ?

Persoalannya bukan murah atau mahal. Tapi bila kita nak mulakan..

Apa yang kita perlu faham tentang emas adalah:

• ‪aset‬ - sama seperti hartanah, property.. Sentiasa ada permintaan atau‬‬‬‬‬‬‬‬‬
• ‪‎high demand‬, sebab itu harganya dari masa ke semasa semakin mahal.‬‬‬‬‬‬‬‬‬

Jangan bandingkan dengan kereta atau iphone, hari ini beli nanti nak jual balik harga confirm drop...


Friday, October 28, 2016

EMAS IALAH ASET

EMAS IALAH ASET YANG SANGAT CAIR

Apa buktinya?

Emas boleh ditukar menjadi wang tunai dengan cepat.

Ketika anda perlukan wang tunai dengan segera tanpa menjual emas, kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu boleh digunakan.

Pada masa ini, ada banyak institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan pinjaman melalui gadaian emas. Contohnya Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Agrobank, dan sebagainya.

Anda hanya perlu pergi ke mana-mana Ar-Rahnu. Gadaikan emas anda untuk mendapat wang tunai dengan segera. Ar-Rahnu mengeluarkan pinjaman antara 70 hingga 80% daripada nilai emas anda berdasarkan harga emas semasa.

Harus diingat bahawa kerjasama antara Ar-Rahnu dengan pemilik emas membolehkan peniaga emas mendapatkan pusingan modal. Tanpa membuat pinjaman bank, para peniaga emas boleh menggunakan emas simpanan mereka sebagai cagaran pinjaman dengan institusi tersebut.

Dipendekkan cerita, penyimpan emas bukan sahaja menikmati kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang malahan juga menggunakan emas tersebut apabila memerlukan wang tunai pada bila-bila masa yang dikehendaki. Yang lebih menguntungkan ialah kemudahan pinjaman di Ar-Rahnu halal, yakni tanpa riba.

Anda masih tidak sedar dengan keajaiban emas? 

BELI DAN SIMPAN EMAS SECARA BERDIKIT-DIKIT MULAI SEKARANG


  

Thursday, October 27, 2016

UNTUNGNYA SIMPAN EMAS

EMAS PUNYA HAL
Betapa untungnya siapa yang ada beli dan simpan emas.
Pagi ni sifu share cerita.
Ada seorang mak cik ni datang ofis nak tolak BARANG KEMAS 999 dia.
Mak cik ni cakap, masa dia beli dulu 1gram emas ni RM31
Jom kita kira..
Dulu dia beli RM31 × berat 351.48gram
TOTAL : RM10895.88
Harga hari ni
Harga Emas 999 Terpakai : RM152
So RM152 × 351.48 gram
TOTAL : RM53424.96
UNTUNG KE TAK??
Beratus kali ganda dia untung …
So saya memang tak faham kalau masih ada yang duk terfikir-fikir nak beli dan simpan emas sedangkan diri sendiri yang akan untung.
Kalau tak dapat beli yang bergram-gram,
Beli yang 1gram emas 999 pun ok dah.
Asalkan SIMPAN EMAS.
Jangan bagi alasan tak beli emas sedangkan semua itu untuk masa depan sendiri dan keluarga.
Kalau hari-hari DISIPLIN simpan RM5 masuk tabung, confirm hujung bulan dah boleh beli 1gram.
JOM SAVING EMAS



Wednesday, October 26, 2016

EMAS 999.9 GOLD BAR 1 GRAM



KUASA BELI EMAS KEKAL UNTUK JANGKA MASA PANJANG

Pernyataan di atas bermaksud, apa-apa yang boleh dibeli oleh emas bukan sahaja ratusan tahun yang lalu malahan juga ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara tersebut dijelaskan dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560 – 2007” oleh Profesor Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan, University of California.

Harus diingat bahawa dalam buku itu Jastram cuba merongkaikan satu persoalan, iaitu “Adakah nilai duit pada masa lampau lebih tinggi berbanding sekarang?”  Duit di sini bermaksud emas. Sehubungan itu, data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa dikumpul.

Dalam hasil kajiannya terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itu, Jastram merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke-17.

Tidakkah hasil analisis data 447 tahun itu menunjukkan anda akan mengaut keuntungan sekiranya menyimpan emas DALAM JANGKA MASA PANJANG ?

Hakikatnya, kuasa membeli emas sangat stabil. Apa-apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli bukan sahaja beberapa ratus tahun malahan juga ribuan tahun dari sekarang. Demikianlah kehebatan emas yang tiada tandingannya dengan wang fiat (wang kertas) yang sentiasa terdedah kepada manipulasi dan inflasi.


SIMPANLAH EMAS KERANA SIFATNYA ANTI-INFLASI


GOLD BAR 1 GRAM

Tuesday, October 25, 2016

EMAS 999.9 SUKU DINAR

MAS KAHWIN WANG KERTAS VS MAS KAHWIN DINAR EMAS
YANG MANA SATU IDAMAN QALBU.....??

Jika pilihan anda “mas kahwin wang kertas”
Katakanlah anda kahwin tahun 2016

Tahun 2016

Orang yang bertanya :Ehhhh Kak Sue, berapa mas kahwin Kak Sue ye?
Kak Sue : Mas kahwin akak RM5000

TAHUN 2036 (20 tahun akan datang)

Orang yang bertanya : Ehhhh Makcik Sue, berapa mas kahwin Makcik Sue ye?
Makcik Sue : Mas kahwin Makcik RM5000

Orang yang bertanya : RM5000? Sikitnya.. apa la sangat boleh beli dengan RM5000 pada tahun 2036 nanti?

Makcik Sue : Pandai la kau…dulu zaman Makcik, RM5000 kalau beli emas boleh beli dalam 30 gram emas tau…

Orang yang bertanya : Waaaa..murahnya emas zaman dulu..RM5000 mampu beli 30 gram..zaman 2036 ni berapa gram la sangat..

TETAPI....

Jika pilihan anda “mas kahwin dinar emas”
Katakanlah anda kahwin tahun 2016

Tahun 2016

Orang yang bertanya : Ehhhh Kak Sue, berapa mas kahwin Kak Sue ye?
Kak Sue : Mas kahwin akak 7 Dinar (lebih kurang RM5000)

TAHUN 2036

Orang yang bertanya : Ehhhh Makcik Sue, berapa mas kahwin Makcik Sue ye??
Makcik Sue : Mas kahwin mak cik su dulu 7Dinar ja..

Orang yang bertanya : 7 Dinar? Wooww..Biar betul..saya nak buat kiraan sikit la.. Sekeping 1 dinar tahun 2036 lebih kurang RM2000 sekeping..kalau 7 keping (7x RM2000 = RM14,000)..Waaaa mahalnya mas kahwin Makcik Sue??

Makcik Sue : Pandai pun kau…dulu zaman makcik, 7dinar baru berharga RM5000, berat emas ialah (7x4.25gram = 29.75gram)…

Orang yang bertanya : Waaaa..murahnya emas zaman dulu..RM5000 mampu beli lebih kurang 30 gram..zaman 2036 ni berapa gram la sangat…Bijak betul suami Makcik… Menyimpan emas dan perak ialah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Emas dan perak ialah mata wang sunnah..Sekarang baru saya faham kenapa ada hadis,

"Akan tiba suatu zaman. Pada masa itu, tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR dan DIRHAM (untuk digunakan)"
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)


EMAS 999.9 SUKU DINAR



Monday, October 24, 2016

SIMPANLAH EMAS



TIP EMAS
• beli dulu...?😄
• tunggu...?😊
• tunggulah dulu baru beli...!!😁😁
Golongan yang suka tunggu dulu (harga rendah sikit baru beli) risiko yang mungkin dihadapi :
• terlepas harga yang anda inginkan
• semasa harga rendah - wang habis
• waktu harga rendah fikiran pula berubah
• Masa sesuai beli emas ialah sekarang (tanpa mengira harga naik atau turun)..sekarang beli!
Jika bertangguh...
Kesudahannya TIDAK ADA SIMPANAN ….
GELAP MASA DEPAN
"BIARLAH DULU DI KAKI TANGGA, KINI DI MENARA"


EMAS IALAH SIMBOL KEKAYAAN DAN KEKUASAAN



KEKUASAAN EMAS



SIMPAN EMAS ANDA UNTUK JANGKA MASA PANJANG
Mengapa?
Dalam jangka masa panjang, harga emas akan meningkat. Mari kita lihat laporan goldprice.org tentang kenaikan harga emas dalam tempoh 10 (sepuluh) tahun dari tahun 2005 hingga 2015.
Dalam tempoh itu, harga emas telah meningkat dari RM47/gram ke RM157.62/gram. Ini bukan fakta yang diada-adakan untuk memancing kepercayaan anda. Buktinya, pada tahun ini harganya sudah mencapai RM186/gram. Harga belian emas 916 sudah mencapai RM205/gram dan emas 999 berharga RM215/gram.
Harga emas telah meningkat sebanyak 224.90% dalam masa sepuluh tahun (2005 hingga 2015), puratanya bersamaan dengan 22.49% setahun. Oleh sebab itu, untuk jangka masa panjang; anda akan mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada menyimpan wang kertas di bank atau Tabung Haji waima di Amanah Saham Nasional (ASB).
TAKKAN ANDA HENDAK MELIHAT SAJA WANG ITU BERLALU DI HADAPAN MATA !!!
Fakta yang tidak boleh disanggah lagi ialah dalam jangka masa pendek, harga emas ada turun naiknya. Walau bagaimanapun, jika anda boleh menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang; keuntungan besar pasti berpihak kepada anda.
MULAKAN MENYIMPAN EMAS MULAI HARI INI JUGA


Sunday, October 23, 2016

EMAS SIMBOL KEKAYAAN


EMAS MERUPAKAN KEKAYAAN SEBENAR MANUSIA

Sejak manusia mengenali emas, mereka menjadikan logam itu
sebagai simbol kepada empat (4) perkara; iaitu simbol kekayaan, simbol kekuasaan, simbol kejayaan, dan simbol kecantikan.

Tahukah anda sejarah emas sebagai simbol kekayaan?

Sistem perdagangan yang dijalankan bermula pada Zaman Neolitik ialah sistem barter (tukar barang). Sistem ini sangat sulit dan menyusahkan kerana orang ramai terpaksa membawa haiwan atau barang-barang untuk ditukarkan dengan benda-benda lain yang dikehendaki.

Empayar Lydia (kini Turki) telah memudahkan urusan berkaitan perdagangan itu. Raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang dipanggil The Lydian Lion (lihat gambar). Baginda menempa syiling emas yang beratnya 4.71 gram dan berukuran 13 x 10 x 4 mm. Inilah syiling emas pertama di dunia. Ternyata bahawa kewujudan syiling emas itu memudahkan urusan perdagangan dan menjadi mata wang utama pada masa itu.

Untuk pengetahuan anda, The Lydian Lion wujud sejak 2600 tahun yang lalu. Keadaan ini membuktikan bahawa emas telah diiktiraf sebagai simbol kekayaan pada masa itu.
Emas sebagai simbol kekayaan kekal hingga ke hari ini. Jika anda memiliki jumlah emas yang banyak pada masa sekarang, sudah pasti anda dipanggil ORANG KAYA !!!

MENGAPA ANDA TIDAK MAHU MENGUMPUL EMAS?

Mampirlah ke kedai kami: http://tinyurl.com/zflwd7y








Friday, October 21, 2016

APA-APA PUN, EMAS JUGA LEBIH BAGUS

MAS KAHWIN WANG KERTAS VS MAS KAHWIN DINAR EMAS
YANG MANA SATU IDAMAN QALBU.....??

Jika pilihan anda “mas kahwin wang kertas”
Katakanlah anda kahwin tahun 2016

Tahun 2016
Orang yang bertanya :Ehhhh Kak Sue, berapa mas kahwin Kak Sue ye?
Kak Sue : Mas kahwin akak RM5000
TAHUN 2036 (20 tahun akan datang)
Orang yang bertanya : Ehhhh Makcik Sue, berapa mas kahwin Makcik Sue ye?
Makcik Sue : Mas kahwin Makcik RM5000
Orang yang bertanya : RM5000? Sikitnya.. apa la sangat boleh beli dengan RM5000 pada tahun 2036 nanti?
Makcik Sue : Pandai la kau…dulu zaman Makcik, RM5000 kalau beli emas boleh beli dalam 30 gram emas tau…
Orang yang bertanya : Waaaa..murahnya emas zaman dulu..RM5000 mampu beli 30 gram..zaman 2036 ni berapa gram la sangat..
TETAPI....
Jika pilihan anda “mas kahwin dinar emas”





Katakanlah anda kahwin tahun 2016

Tahun 2016
Orang yang bertanya : Ehhhh Kak Sue, berapa mas kahwin Kak Sue ye?
Kak Sue : Mas kahwin akak 7 Dinar (lebih kurang RM5000)
TAHUN 2036
Orang yang bertanya : Ehhhh Makcik Sue, berapa mas kahwin Makcik Sue ye??
Makcik Sue : Mas kahwin mak cik su dulu 7Dinar ja..
Orang yang bertanya : 7 Dinar? Wooww..Biar betul..saya nak buat kiraan sikit la.. Sekeping 1 dinar tahun 2036 lebih kurang RM2000 sekeping..kalau 7 keping (7x RM2000 = RM14,000)..Waaaa mahalnya mas kahwin Makcik Sue??
Makcik Sue : Pandai pun kau…dulu zaman makcik, 7dinar baru berharga RM5000, berat emas ialah (7x4.25gram = 29.75gram)…
Orang yang bertanya : Waaaa..murahnya emas zaman dulu..RM5000 mampu beli lebih kurang 30 gram..zaman 2036 ni berapa gram la sangat…Bijak betul suami Makcik… Menyimpan emas dan perak ialah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Emas dan perak ialah mata wang sunnah..Sekarang baru saya faham kenapa ada hadis,
"Akan tiba suatu zaman. Pada masa itu, tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR dan DIRHAM (untuk digunakan)"
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)




Thursday, October 20, 2016

MACAM-MACAM EMAS BOLEH BUAT

APA EMAS BOLEH BUAT ?

•              emas boleh cover insurance
•              emas boleh ganti kad kredit
•              emas boleh buat pinjaman  apabila gaji lambat/terdesak
•              emas boleh cover bayar rumah dan kereta
•              emas boleh beli motor cash
•              emas boleh beli kereta cash
•              emas boleh bayar deposit rumah 10%
•              emas boleh buat untuk renovate rumah
•              emas boleh buat untuk join bisnes-bisnes lain
•              emas boleh buat modal jual goreng pisang chesse coklat
•              emas boleh buat modal untuk masuk projek kecil-kecilan
•              emas boleh buat hantaran kawin lagi ....

BAGAIMANA CARANYA ?

Beli emas 1 gm 1 bln atau ikut kemampuan anda. Letakkan target berapa lama nak simpan contohnya 3 tahun. Selepas 3 tahun, emas yang dah terkumpul tu pajak kat Ar- Rahnu atau jual. Duitnya boleh digunakan untuk semuaperkara di atas. Lagi lama emas dalam simpanan lagi tinggi nilainya.  Tidak sama dengan nilai dividen simpan duit di Tabung Haji,  ASB dan sebagainya. Ini yang dikatakan kumpul asset (emas) jual semula dan beli aset lain seperti rumah atau tanah. Emas kita boleh beli sedikit demi sedikit tetapi rumah dan tanah tak boleh beli sikit-sikit.

1gram 1bulan 1keluarga






Wednesday, October 19, 2016

KISAH ASAL USUL

ASAL RUMAH DARI TANAH, ASAL TANAH DARI EMAS

Ini ialah kiasan orang tua dulu-dulu.

Apa maksudnya?

Orang dulu-dulu kerja kampong. Pada masa tersebut mana ada EPF atau KWSP. Tidak macam sekarang boleh mohon pinjaman kemudian boleh bayar downpayment guna KWSP Akaun 1.

Jadi apabila merancang untuk buat rumah, yang pertama kenalah ada tanah dulu namun nak beli tanah selepuk, mana nak cekau duit.

Jadi, kerja sungguh-sungguh, dapat je duit, terus beli emas dan simpan sikit-sikit, apabila dah cukup boleh pajak emas untuk beli tanah. Dah dapat tanah baru buat rumah.
Sebab tu orang tua kita kiaskan ASAL TANAH DARI EMAS...

Kalau hartanah boleh dibeli dalam nilai kecil seperti 1 KAKI PERSEGI, dah lama kita boleh menyimpan dan melabur sedikit demi sedikit. Tapi perkara tersebut amat mustahil!

Dalam post sebelum ini saya ada kongsikan sedikit info berkenaan pentingnya golongan muda yang baru sahaja bekerja untuk membelanjakan gaji kepada aset hartanah terlebih dahulu sebelum membeli kenderaan. Apa yang anda perlukan hanya tambahan tempoh 6-10 bulan sekurang-kurangnya untuk menahan nafsu dari membeli kenderaan.
Belajar 4 tahun hingga 6 tahun di kolej atau universiti, takkan tak boleh tahan tempoh 6-10 bulan?

Post saya sebelum ini adalah berkenaan bagaimana dengan rumah anda mampu membeli kenderaan namun pada 1 komitmen sahaja. Boleh scroll balik post saya di wall sebelum ini.
Namun ada 1 masalah iaitu untuk membeli rumah: Sebenarnya ini bukan masalah, dari sudut lain perkara ini akan membantu anda untuk berfikir dan menjadi seorang yang tidak boros serta mempunyai perancangan masa hadapan.

Anda perlukan 'downpayment'. Dari mana nak mengumpul atau mencari 'downpayment'? Secara umumnya apabila anda ingin membeli rumah, anda perlu menyediakan +-10% pendahuluan dan +-3%-5% untuk kos-kos dokumentasi.
Jadi sekiranya rumah tersebut bernilai RM100k, anda perlukan wang tunai dalam anggaran (15% x 100k = RM15k).

Jadi apa penyelesaiannya?

Sudah tentulah emas. Syiling emas boleh dibeli sekeping-sekeping dengan berat 0.5gram atau 1 gram. Anda boleh pilih mengikut kemampuan dan keinginan simpanan anda.
Simpanan emas ini membantu anda mengelakkan boros dalam berbelanja berbanding wang kertas.

Saya yakin sesiapa yang menyimpan dalam bentuk wang kertas, nafsu untuk berbelanja amatlah tinggi. Kalau wang dalam akaun bank, semudah berjalan kaki ke mesin ATM dan keluarkan.

Kalau yang jenis berbelanja online, semudah "one click away" untuk pindahkan transaksi pembayaran. Pendek kata kita amat mudah terpengaruh untuk menggunakan simpanan wang kita untuk berbelanja.

Berlainan pula dengan emas. Emas ini terdapat satu AURA yang amat kuat. Apabila sudah beli, sampai di tangan, rasa sayang tu amatlah tinggi kerana benda tu  emas. Rasai dulu. Cubalah simpan sikit dahulu sekurang-kurangnya 1gram baru anda akan rasa perasaan sayang untuk lepaskan yang susah digambarkan. Jadi anda akan simpan dan emas tersebut akan jadi simpanan yang mungkin anda lupakan kerana dalam bentuk fizikal. Cuba dulu 1gram dan rasai aura simpanan emas.

Emas membantu mencegah anda boros, menambah simpanan dalam bentuk aset dan menjadikan anda penyimpan yang berdisplin. Emas ni satu benda yang bernilai yang disebut juga dalam Al-Qur’an.

Berbeza dengan wang kertas, apabila anda menyimpan, kebarangkalian untuk anda menggunakan simpanan wang kertas tersebut amatlah tinggi berbanding dalam bentuk simpanan emas.

Dalam kes di atas, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM15k dalam tempoh 6 bulan. Tetapkan matlamat anda dengan tukar simpanan wang kertas tersebut kepada syiling emas.

Anda boleh tetapkan untuk membeli sekurang-kurangnya 7g ke 10g sebulan. Jadikan amalan itu sebagai habit atau hobi. Cukup sahaja 10 bulan, anda sudah mempunyai emas antara 70g ke 100g. Satu nilai yang besar untuk anda memulakan langkah kedua anda ke arah memiliki hartanah dan kenderaan.

Apa pun, langkah pertama anda sudah pun memiliki aset emas. Tahukan anda kadar kenaikan emas 10 tahun yang lepas ialah 500% ? Dan nilai ini akan terus meningkat selagi kita masih menggunakan kertas sebagai mata wang, satu benda yang tidak kalis inflasi dan sangat mudah dimanipulasi.

Jadi, dengan emas 70g-100g di tangan, apa yang perlu anda lakukan?

 1. Adakah jual?

 2. Adakah ar-rahnu (pajak)?

Kedua-dua pilihan tersebut ada baik dan buruknya bergantung kepada masa dan harga. Jika ada masa terluang kita akan bincangkan.


p/s : Ini adalah salah satu contoh pilihan dari beribu-ribu cara yang boleh diguna pakai. Yang penting kena cekalkan hati untuk berdisplin dalam menyimpan dan menguruskan kewangan anda.





Tuesday, October 18, 2016

JANGAN ABAIKAN EMAS

EMAS DAN HARTANAH

Bagaimana miliki rumah idaman sebaik sahaja tamat belajar?

Buat muda-mudi yang baru bekerja. Cekalkan hati selama 6 bulan untuk beli hartanah terlebih dahulu. Dari hartanah baru beli kenderaan. Jangan lakukan kesilapan seperti kami yang ada hutang jahat keliling pinggang kemudian baru terfikir nak buat hutang baik seperti aset.

Contoh gaji anda RM2500 sebulan. Simpan gaji tu dan tunggu selama 6 bulan.
Cari rumah, apartment atau flat dalam range harga RM100k-RM150k. Cuba cari yang ada 3 bilik ke 4 bilik. Pastikan lokasinya adalah baik.

Selesai sahaja dapat rumah, tambah sikit kelengkapan rumah. Seterusnya anda pilih 1 bilik. Bilik selebihnya boleh buat sewa. Kalau di Kuala Lumpur/Selangor sewa 1 bilik dalam lingkungan RM250 ke RM350. Kita ambil contoh RM300 x 3 bilik = RM900.

Dah selesai beli rumah barulah berkira-kira beli kenderaan mampu milik berdasarkan baki gaji anda + sewa bilik.

Jadi, di usia muda anda ada rumah. Anda ada kereta. Tak perlu tunggu selepas kahwin baru nak beli rumah. Pada masa tersebut saya yakin anda akan dibebani perkara lain.

Langkah pertama anda ke arah memiliki 10 biji rumah sebelum usia 30 tahun.


Bersambung…





Saturday, October 8, 2016

EMAS MENGUNTUNGKAN ... PERCAYALAH

Kenapa ?

Tak percaya ?

Sila lihat pernyataan di bawah...










Friday, October 7, 2016

BELI DAN SIMPAN EMAS - JAUHI RASUAH

5 SEBAB KITA PERLU MENYIMPAN EMAS
Emas sebenarnya wang, tetapi dalam bentuk fizikal. Sebelum tahun 1971, kesemua wang fiat (kertas) disandarkan kepada emas.
Wang kertas hanyalah sebagai alat tukaran (voucher). Setiap percetakan wang kertas mesti berlandaskan simpanan emas sesebuah negara.
Situasi berubah setelah Amerika Syarikat sedang dalam krisis (Perang Vietnam). Amerika Syarikat kehilangan sumber kewangan akibat negara-negara lain ingin mengambil emas mereka dan memisahkan wang kertas dengan emas.
Semenjak itu, krisis kewangan pun bermula akibat dari inflasi kerana percetakan wang kertas berleluasa tanpa adanya "sandaran" fizikal aset lain. Manakala bank pula boleh meminjamkan (sebenarnya dikira mencetak) wang pada kadar 90% daripada simpanan/deposit orang awam.
Negara-negara besar juga mempercayai dan menyedari hakikat kekurangan/kelemahan simpanan berdasarkan wang kertas.

Walaupun mereka mencetak wang kertas, tetapi pada masa yang sama, mereka juga menyimpan stok emas yang banyak untuk melindungi mereka dari krisis.

Jika negara-negara besar mempercayai emas sebagai simpanan mereka, mengapa tidak kita?

Antara kelebihan menyimpan aset non-cash (bukan dalam bentuk wang kertas) dalam bentuk emas adalah;

(1) Keselamatan
Sedar atau tidak, wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap kali hendak keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang-kadang apabila akaun bank kita tidak aktif, pihak bank akan mengambil baki wang dari akaun anda. Anda pernah alaminya?
(2) Perlindungan
Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling dan duit kertas yang kita gunakan sekarang) akan sentiasa dimamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan menurun. Lihat sahaja nilai Ringgit yang semakin rendah berbanding US Dollar pada masa ini .
Emas bersifat kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa kekayaan kita tidak akan berkurangan jika menyimpan emas.
(3) Mudah Dicairkan
Selain emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon.
Walau bagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada suatu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu mengambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang semula.
Emas sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam bentuk wang di mana-mana sahaja seluruh dunia ni.
Mengapa begitu? Ini kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi, terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.
(4) Tahan Lama
Aset seperti rumah, kedai, kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau rosak jika terendam di dalam air apabila berlakunya bencana alam. Jika ini berlaku, nilainya juga akan hilang.
Emas pula bersifat kalis api dan air. Untuk pengetahuan, emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.
(5) Hak Pemilikan Dan Pengelolaan Sendiri
Jika anda membeli emas, anda memperoleh jongkong emas itu serta dapat menyimpannya sendiri. Pendek kata, anda yang menguruskannya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu.
Andai kata anda ingin memajak atau menjualnya bagi mendapatkan wang, hasrat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, sudah pasti mengambil masa yang lama. Mungkin memakan masa sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda mungkin mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera.
Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh. Agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat kerana memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera.
Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, na’uzubiLlah.




ITULAH DUIT RASUAH DI SABAH

Thursday, October 6, 2016

FAKTOR-FAKTOR TENTANG EMAS

Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian sebelum membeli emas.

Faktor-1 ialah "Spread" @ Susut Nilai.

Apa maksud "Spread" @ Susut Nilai?

"Spread" @ Susut Nilai ialah "Perbezaan antara harga BELIAN dan JUALAN".  Susut nilai boleh dikira dalam 2 cara iaitu:

a) Ringgit Malaysia (RM)
b) Peratusan (%)

Formula pengiraan ialah:

a) RM = Harga Jualan - Harga Belian
b) % = {(Harga Jualan - Harga Belian)/Harga Jualan} X 100%

Kesimpulan:

Untuk memaksimumkan keuntungan, kita perlu memilih produk yang mempunyai "spread" yang terendah.
Carilah syarikat yang menawarkan "spread" yang rendah.

Faktor ke-2: Harga Emas Per Gram

Harga emas per gram bermaksud harga keseluruhan modal yang anda perlu bayar bagi mendapatkan 1gram emas.

Contoh 1:

Jongkong Emas 999.9 10g Wah Chan
Harga per gram: RM165 (ketika artikel ditulis)
Kos upah: RM240.00
JUMLAH: RM1650   RM240 = RM1890

Oleh itu, kos per gram jongkong emas Wah Chan ialah RM189.00

Contoh 2:

Jongkong Emas 999.9 10g PAMP Suisse Habib Jewel
Harga per gram: RM165 (ketika artikel ditulis)
Kos upah: RM110.00
JUMLAH: RM1650   RM110 = RM1760

Oleh itu, kos per gram PAMP Suisse Habib Jewel ialah RM176.00

Contoh 3:

Jongkong Emas 999.9 10g Public Gold
Harga untuk 10 gram: RM1397.00 (ketika artikel ditulis)
Kos upah: Tiada tapi diganti dengan  kos premium sebanyak RM20.00
JUMLAH: RM1397.00   RM20.00 = RM1417.00

Oleh itu, kos per gram jongkong emas Public Gold ialah RM141.70

Daripada analisis harga tadi, apa yang anda boleh simpulkan? Mana lebih murah? mana lebih menguntungkan?

Sebagai pengguna bijak anda perlu membuat sendiri tinjauan harga pasaran semasa.
Diharap dengan sedikit perkongsian ini anda telah mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas.

Faktor Ketiga:  Kesediaan Stok

Maksud kesediaan stok ialah kita boleh membeli emas yang diingini mengikut harga semasa pada bila-bila masa dan dalam masa yang sama penjual mempunyai stok emas yang kita kehendaki.

Pada saya, faktor ini memainkan peranan yang tidak kurang penting berbanding faktor yang telah saya kongsikan sebelum ini.  Ini kerana tidak ada gunanya harga emas turun sebanyak mana sekalipun kalau kita tidak dapat membeli emas tersebut disebabkan ketiadaan stok oleh penjual.

Jadi nasihat saya, buatlah sedikit kajian tentang syarikat mana yang mempunyai kilang pengeluaran emas sendiri agar bekalan stok sentiasa ada.  Paling tidak pun, pelanggan dibenarkan untuk “lock”  harga semasa emas terlebih dahulu sebelum mengambilnya setelah stok sampai.

Faktor Keempat: Kebolehgadaian Emas Tersebut Di Ar-Rahnu

Menyimpan emas adalah satu proses yang panjang melangkaui setahun.  Dalam tempoh tersebut besar kemungkinan terdapat saat-saat kritikal yang kita sangat memerlukan wang tunai. Jika ini berlaku, emas merupakan talian hayat yang sangat membantu.

Bagaimana? Iaitu dengan menggadaikan emas tersebut ke Pajak Gadai Ar-Rahnu.  Untuk makluman anda terdapat institusi Ar-Rahnu yang boleh memberikan pinjaman sehingga RM100,000.00 untuk gadaian emas.

Jadi, sekiranya emas anda diterima oleh Ar-Rahnu maka anda boleh menarik nafas lega kerana sekiranya berlaku kecemasan anda boleh menggadaikan emas tersebut.
Persolannya, ada tak emas yang tidak diterima oleh Ar-Rahnu?

Jawapannya, ADA!..emas yang bagaimana? Emas yang tidak berjenama, emas potong atau emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kecil yang diragui ketulenannya.  Selain itu sebilangan institusi Ar-Rahnu juga tidak menerima emas yang dibalut dalam plastik yang tidak boleh dibuka.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Anda disaran untuk membuat kajian sendiri.
Sekian dahulu perkongsian pada kali ini.

Faktor Kelima:  Adakah Emas Tersebut  Laku Setelah Pembalut Dibuka @ Berlaku Kecacatan?

Ini faktor yang terakhir …

Malang tidak berbau. Itu adalah ungkapan yang sering kita dengar apabila berhadapan dengan sesuatu musibah.  Keadaan yang sama juga tidak mustahil berlaku kepada emas yang kita simpan. Mungkin semasa kita asyik membelek tiba-tiba anak kecil kita datang lalu menggunting atau merosakkan pembalut plastik emas tersebut!..ni memang bikin panas!...

Persoalannya, jika berlaku musibah seperti di atas adakah emas tersebut masih diterima?

Anda perlu mendapatkan maklumat sahih tentang perkara ini. Maklumat yang diketahui setakat ini ialah nilai belian emas seperti itu akan jatuh.

Sekiranya anda berminat membeli emas, ini adalah faktor penting untuk ditanya kepada si  penjual emas sebelum membeli produk mereka.